Perincian Projek

Latar Belakang Program:

  1. COMPOST WITH US: A Social Entrepreneurship Project merupakan acara anjuran Pusat Pembangunan Keusahawanan, UIAM bersama Kementerian Pengajian Tinggi bertujuan untuk menyediakan tabung keusahawanan melalui aktiviti penghasilan dan penjualan baja kompos organik, yang akan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar B40 dan asnaf di UIAM.
  2. COMPOST WITH US: A Social Entrepreneurship Project adalah usaha pintar yang menyediakan ekosistem yang berteraskan keusahawanan sosial penting bagi memastikan golongan B40 dan asnaf yang belajar di UIAM tidak terbeban dengan masalah kewangan melalui tabungan yang dibuat, malah tabung tersebut dapat digunakan sebagai dana pemula untuk memulakan perniagaan baru.

Objektif Program:

  • Untuk melatih 50 pelajar memperoleh kemahiran baru dalam memproses sisa makanan menjadi baja kompos organik dan produk agro berkaitan.
  • Untuk melatih 50 pelajar memperoleh kemahiran baru dalam penjualan baja kompos organik dan produk agro berkaitan.
  • Untuk melatih 50 pelajar memahami konsep keusahawanan dan meningkatkan
    model perniagaan.
  • Untuk memperluas kerjasama dan perkongsian strategik dengan masyarakat setempat seperti restoran-restoran dan kawasan kejiranan bagi pengumpulan
    sisa-sisa makanan.
  • Untuk memperluas kerjasama dan perkongsian strategik dengan pakar-pakar digital untuk membangunkan produk digital berkaitan.
  • Untuk memperluas kerjasama dan perkongsian strategik dengan agensi kerajaan dan swasta dalam mengukuhkan tabung keusahawanan untuk dimanfaatkan oleh pelajar B40 dan asnaf.

Kaedah Pelaksanaan: